Sunday, 1 February 2009

Inspirasi seni bina Islam

ANTARA keunikan dan keindahan seni bina dan khat Islam

Tujuh asas agama jadi falsafah, paksi rekaan arkitek Muslim

PAMERAN Ilham Suci: Tujuh Prinsip Seni Bina Islam di Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur pasti membuka minda pengunjung terhadap keindahan dan keunikan ajaran Islam serta falsafah di sebalik Islam sebagai gaya hidup.

Bukan sekadar melafaz cinta dan percaya terhadap kewujudan Allah serta amal ibadat yang mengiringinya, Islam mempunyai pengaruh besar dalam pelbagai aspek kehidupan. Ini termasuk bidang sains dan teknologi (S&T), seni dan kemanusiaan yang menyaksikan banyak ciptaan dan idea pemikir Islam mencetus gelombang evolusi sejagat

Seni bina Islam sudah lama diangkat sebagai cabang seni yang tinggi martabatnya. Malah seni bina Islam menjadi ikutan kerana faktor keseimbangan dan ketahanan rekaan serta daya penariknya. Bermula pada ciptaan masjid, makam, istana dan kubu, seni bina Islam terus berkembang hingga dapat dikategorikan secara jelas pada zaman awal kemunculannya.

Antara contoh seni bina Islam ialah Moor (Moorish) yang banyak kelihatan di Semenanjung Iberia dan Utara Afrika. Seni bina Timurid yang dilihat di Asia Tengah; seni bina Turki; seni bina era Empayar Ottomaniah; seni bina zaman Fatimiad di Kaherah seperti di Masjid Al Az har; seni bina Mamluk di Kaherah Lama dan seni bina Mughal.

Identiti seni bila Islam juga menonjol dalam aspek penggunaan air dan cahaya yang menimbulkan kesan dari segi penampilan ruang. Jika dunia seni barat dipelbagaikan dengan variasi gaya roccoco, baroque, cubism atau art deco, prinsip seni bina Islam amat mudah, indah dan bercirikan kontemporari.



KESERASIAN elemen alam dan ibadat disatukan dalam
perancangan bandar Islam.


Ia bersifat geometrik dan bersulam dekorasi khat yang berasaskan keabadian kekuasaan Allah. Manusia atau haiwan pula digambarkan secara dekoratif.

Inilah keunikan seni bina Islam yang dipaparkan pada Pameran Ilham Suci: Tujuh Prinsip Seni Bina Islam di Muzium Kesenian Islam sekarang. Pameran ini yang bertujuan menzahirkan hubungan intrinsik antara umat Islam, kepercayaan dan bagaimana ia dimanifestasikan dalam bidang seni bina atau architecture - mampu membawa pengunjung mendekati kreativiti arkitek Islam.(to find out more)

passage and images from : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Sabtu/20090131113546/Article

Asas dalam seni bina Islam

1. Ihtiram (hormat).
2. Ikhlas.
3. Iqtisad (kesederhaan atau keseimbangan)
4. Tawhid (penyatuan)
5. Ilm (ilmu).
6. Dhikr (zikir).
7. Haya (memelihara kehormatan).

INFO

Program: Pameran Ilham Suci: Tujuh Prinsip Seni Bina Islam

Tempat: Muzium Kesenian Islam, Jalan Lembah Perdana, Kuala Lumpur.

Tarikh: Hingga 28 Februari 2009

Waktu: Mulai 10 pagi hingga 6 petang (setiap hari termasuk cuti am)

Bayaran: Dewasa (RM12), Pelajar dengan kad pelajar serta warga emas berusia lebih 55 tahun (RM6), Kanak-kanak bawah enam tahun (Percuma)

0 KOTAK suara: